Skip to main content

Hiasan Dalaman | Wallpaper

bg-86.jpg

 

   Reka bentuk hiasan dalaman bukan sekadar menjadikan sebuah bilik kelihatan lebih bergaya dan menawan, namun ia juga menonjolkan potensi sebenar ruang, dan meningkatkan pengalaman hidup pemiliknya. Bagi melancarkan proses pengubahsuaian rumah anda, dengan kerjasama fitrah anugerah holding,rumah anda akan nampak lebih kemas dan menawan. Tidak kiralah gaya apa jadi idaman, dari Moden Kontemporari mahupun reka bentuk Skandinavia, ini adalah pakar yang boleh mengubah sudut kosong menjadi sesuatu yang luar biasa!

Pereka hiasan dalaman akan tampil dengan idea dan cadangan tertentu dengan membentangkan kaedah yang efisien untuk setiap ruang dan area mengikut tema, gaya dan bajet yang bersesuaian. Ini bagi menyerlahkan keindahan dan suasana keseluruhan selari dengan fungsi ruang. Seorang pereka hiasan dalaman juga seharusnya bijak mengimbangi keperluan estetik merangkumi perancangan struktur untuk mencerminkan gaya hidup pelanggan, menetapkan mood yang diingini, serta melengkapkan ciri seni bina kediaman selari skema penataan.