Rumah Lelong
Secara asasnya, banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membelirumah lelong. Anda memerlukan ilmu yang betul dan cukup sebelum membuat keputusan membeli hartanah sebegini. Jom baca panduan lengkap cara beli rumah lelongini untuk rujukan anda.
Proses Beli Rumah Lelong Fizikal Anda perlu mendaftarkan maklumat peribadi dan menghantar deposit kepada pihak yang melelong. Anda mempunyai beberapa cara untuk menghantar deposit iaitu sama ada melalui pindahan bank (bank transfer) atau melalui draf bank. Sekiranya anda memilih untuk membuat pembayaran deposit melalui draf bank, anda,perlu menyerahkannya kepada pihak yang melelong dengan segera mengikut tempoh yang ditentukan. Bagi proses lelongan fizikal, anda boleh mewakilkan ejen lelong atau menghadiri sendiri sesi bid rumah lelong tersebut. Meskipun begitu, anda disarankan untuk mengunjungi beberapa acara lelongan hartanah terlebih dahulu sebelum bida kediaman idaman anda. Cara ini membolehkan anda kenal pasti bidaan hartanah yang berjaya yang sepadan dengan kawasan, bajet dan spesifikasi rumah yang anda idamkan. Bandingkan hargalelong yang berjaya ini dengan platform jual beli rumah dalam talian yang ada.